Wednesday 8 April 2015

Hati Yang Mati


Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk.

Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad.

Monday 6 April 2015

Alat Pencuci Hati


Sudah kenal ini?
Dari mana datangnya penyakit ini?
Apakah ada alat pencucinya?
APAKAH DENGAN MENUNTUT ILMU, KURSUS MOTIVASI,CERAMAH,KULIAH AGAMA,.. ROHANI KITA BISA TERTUNTUN  ... HANYA PESANAN DAN NASIHAT YANG DIBERI PADA KITA..
MANA OBATNYA????

Sabda Rasul SAW:-

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ : " إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سِقَالَةً ، وَإِنَّ سِقَالَةَ الْقُلُوبِ ذِكْرُ اللَّهِ

Dari Abdullah ibnu Umar, dari Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya tiap2 sesuatu ada pencucinya, manakala pencuci hati itu ialah Dzikrullah (لا اله الا الله)...

Saturday 4 April 2015

Membangun Rumah Sendiri

Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.
Sebenarnya, ini lah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.
Renungan Bersama...
TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat AtTabarani dengan sanad yang sohih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.
 
TASBIH 165 Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template