Wednesday 8 April 2015

Hati Yang Mati


Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk.

Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad.

Monday 6 April 2015

Alat Pencuci Hati


Sudah kenal ini?
Dari mana datangnya penyakit ini?
Apakah ada alat pencucinya?
APAKAH DENGAN MENUNTUT ILMU, KURSUS MOTIVASI,CERAMAH,KULIAH AGAMA,.. ROHANI KITA BISA TERTUNTUN  ... HANYA PESANAN DAN NASIHAT YANG DIBERI PADA KITA..
MANA OBATNYA????

Sabda Rasul SAW:-

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ : " إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سِقَالَةً ، وَإِنَّ سِقَالَةَ الْقُلُوبِ ذِكْرُ اللَّهِ

Dari Abdullah ibnu Umar, dari Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya tiap2 sesuatu ada pencucinya, manakala pencuci hati itu ialah Dzikrullah (لا اله الا الله)...

Saturday 4 April 2015

Membangun Rumah Sendiri

Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.
Sebenarnya, ini lah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.
Renungan Bersama...
TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat AtTabarani dengan sanad yang sohih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.

MARI BASAHI LIDAH DENGAN DZIKIR!
Allah SWT berfirman: “Kami telah jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari Jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka punya mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan-Nya). Mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka laksana binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (QS Al-‘Araf [7]: 179)
Buah dari lidah adalah dzikir. Lidah orang yang beriman sibuk mengingat Allah. Jika lisan lebih suka menggunjing, mengadu domba, mencela, merusak kehormatan orang lain, serta berbicara sia-sia, maka sedikit demi sedikit hati si pemilik lidah akan menjadi gelap dan kesat. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah lidahmu basah dengan mengingat Allah.” (HR At-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)
Sofyan Ibn Abdillah menuturkan, “Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa yang paling kau khawatirkan atas diriku?’ Rasulullah memegang lidahnya sendiri lalu bersabda, “INI” (HR At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Saturday 28 March 2015


APA ITU TAREKAT MU'TABARAH?

Dilihat dari ajaran sufi Islam, ada tarekat yang dipandang sah dan ada pula yang tidak sah. Suatu tarekat dikatakan sah atau mu’tabarah, jika amalan dalam tarekat itu dapat dipertanggung-jawabkan secara syari’at. Jika amalan tarekat tidak dapat dipertanggungjawabkan secara syari’at, maka tarekat itu dianggap tidak memiliki dasar keabsahan. Tarekat dalam bentuk ini disebut tarekat ghairu mu’tabarah (tidak sah).[1]

Dalam pengertian yang lainnya dijelaskan bahwa tarekat yang memadukan antara syariat dan hakikat, adanya silsilah (mata rantai sampai kepada Nabi Saw), dan pemberian ijazah dari mursyid yang satu terhadap yang lainnya disebut tarekat mu’tabarah(absah), sedang yang tidak sesuai dengan kriteria itu disebut tarekatghairu mu’tabarah (tidak absah).[2]

Kategori utama yang dijadikan patokan untuk menilai sebuah tarekat, apakah tergolong mu’tabarah atau tidak adalah al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad Saw, serta amalan para sahabat, baik yang dibiarkan atau disetujui oleh Nabi Saw. Semangat yang menjiwai tarekat mu’tabarah ini ialah keselarasan dan kesesuaian antara ajaran esoteris Islam dan eksoteriknya.

Semangat seperti ini telah dirintis al-Qusyairi, lalu dirumuskan oleh al-Ghazali, sehingga mencapai puncak kemapanannya. Dalam hal ini, al-Qur’an dan Sunnah Nabi Saw senantiasa menjadi kriteria utama untuk menentukan keabsahan suatu tarekat.[3]

Menurut Jam’iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah, jumlah nama-nama tarekat mu’tabarah ada 44, yaitu:

1. Umariyyah.

2. Naqsyabandiyyah.

3. Qodiriyyah.

4. Syadziliyyah.

5. Rifa’iyyah.

6. Ahmadiyyah.

7. Dasuqiyyah.

8. Akbariyyah.

9. Maulawiyyah.

10. Kubrowardiyyah.

11. Suhrowardiyyah.

12. Khalwatiyyah.

13. Jalwatiyyah.

14. Bakdasyiyyah.

15. Ghuzaliyyah.

16. Rumiyyah.

17. Sa’diyyah.

18. Justiyyah.

19. Sya’baniyyah.

20. Kalsyaniyyah.

21. Hamzawiyyah.

22. Bairumiyyah.

23. ‘Usy-Syaqiyyah.

24. Bakriyyah.

25. ‘Idurusyyah.

26. 'Utsmaniyyah.

27. ‘Alawiyyah.

28. ‘Abbasiyyah.

29. Zainiyyah.

30. ‘Isawiyyah.

31. Buhuriyyah.

32. Haddadiyyah.

33. Ghaibiyyah.

34. Kholidiyyah.

35. Syathoriyyah.

36. Bayuniyyah.

37. Malamiyyah.

38. Uwaisiyyah.

39. Idrisiyyah.

40. Akabiral Auliyah.

41. Matbuliyyah.

42. Sunbuliyyah.

43. Tijaniyyah.

44. Samaniyyah.[4]

Nama-nama tarekat tersebut, sebagai wadah dan tidak kesemuanya ada di Indonesia. Sedang dari tarekat ghairu mu’tabarah yang biasa dijadikan contoh di Indonesia ialah tarekat Haqaq atau tarekat Haur Kuning di Jawa Barat.[5] Di Indonesia wadah para pengamal tarekatmu’tabarah itu bernaung di bawah organisasi yang dikenal dengan nama Jam’iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah (Perkumpulan Tarekat yang sah) yang resmi dibentuk pada tanggal 10 Oktober 1957.[6]

Perkumpulan ini antara lain bertujuan untuk memberikan arahan agar pengamalan tarekat di lingkungan organisasi para ulama itu tidak menyimpang dari ketentuan ajaran Islam. Meskipun demikian, wewenang untuk mengawasi amalan sebuah tarekat tidak sepenuhnya berada diatas pundak para ulama NU. Pengawasan dan pemberian label keabsahan bagi suatu tarekat adalah tanggungjawab kaum Muslim pada umumnya yang pelaksanaannya didelegasikan kepada ulama.

Dalam perkembanganya, karena ada faktor internal dan politis maka Jam’iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah ini belakangan dalam muktamar NU 1979 di Semarang, nama badan diganti menjadiJam’iyyah Thariqah Mu’tabarah an-Nadliyah, dengan penambahan kata “an-Nadliyah”. Penambahan kata ini dimaksudkan untuk menegaskan bahwa badan federasi ini harus tetap berafiliasi pada Nahdlatul Ulama.

Sejak berdirinya, pimpinan badan federasi ini adalah para Kyai ternama dari pesantren-pesantren besar.[7] Dalam anggaran dasarnya dinyatakan bahwa badan ini bertujuan:

1. Meningkatkan pengamalan syariat Islam di kalangan masyarakat;

2. Mempertebal kesetiaan masyarakat kepada ajaran-ajaran dari salah satu mazhab yang empat;

3. Menganjurkan para anggota agar meningkatkan amalam-amalan ibadah dan mu’amalah, sesuai dengan yang dicontohkan para ulama salihin.[8]

Adapun alasan utama mendirikan badan federasi ini adalah :

1. Untuk membimbing organisasi-organisasi ta rekat yang dinilai belum mengajarkan amalan-amalan yang sesuai dengan Al-Qur’an dan Hadits;

2. Untuk mengawasi organisasi-organisasi tarekat agartidak menyalahgunakan pengaruhnya untuk kepentingan yang tidak dibenarkan oleh ajaran-ajaran agama.[9]

Dengan demikian, kini ada dua organisasi penganut tarekat mu’tabarah. Pertama Jam’iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah Indonesia(JATMI) yang berpusat di Pondok Pesantren Darul Ulum RejosoPeterongan Jombang Jawa Timur dan kedua Jam’iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah an Nadliyah yang di bawah naungan Jam’iyah Nahdlatul Ulama berpusat di Jakarta, tepatnya di Pondok Pesantren Cipete.

Dengan adanya perkumpulan tarekat mu’tabarah itu maka tarekat-tarekat di Indonesia dapat sejauh mungkin dihindarkan dari penyimpangan yang dapat merugikan masyarakat. Dan dengan berpegang pada syari’at maka tarekat-tarekat itu secara lahiriah dapat diawasi.

[1] Taufik Abdullah et.al, “Tarekat”, Ensiklopedi Tematis Dunia Islam, vol. 3, 2002, hlm. 317.

[2] H.M. Amin Syukur, Tasawuf Kontekstual “Solusi Problem Manusia Modern”, Pustaka, Yogyakarta, cet. I, 2003, hlm. 45-46.

[3] Taufik Abdullah et.al, Op.Cit, hlm. 318.

[4] Jam'iyyah Ahli Thariqah Mu’tabarah, Konggres ke V, Madiun, 2-5 Agustus, 1975, hlm. 61.

[5] Taufik Abdullah et.al, op. cit.

[6] Moh. Saifulloh al-Aziz Senali, Risalah Memahami Ilmu Tashawwuf, Terbit Terang, Surabaya, 1998, hlm. 59.

[7] Ibid, hlm. 60

[8] Hartono Ahmad Jaiz,Mendudukan Tasawuf: Gus Dur Wali?, Dar al-Falah, Jakarta, cet. I, 1999, hlm. 121.

[9] Ibid, hlm. 122.

Hukum tarekat???

Ada seorang bertanya kepada seorang Sheikh Tarekat, "wahai tuan guru! adakah mengikut tarekat itu wajib?" Maka Tuan Sheikh itu menjawab "Tidak", mengikut tarekat itu tidak wajib, yang wajib ialah memastikan hatimu bersih dan sihat sejahtera sebelum kamu mati sepertimana firman Allah SWT":
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Hari yang tidak memberi manfaat harta benda dan anak-pinak melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sihat sejahtera" [al-Syua'ara:88-89]

Jika kamu dapat lakukannya tanpa bertarekat, silakan.

Saturday 14 March 2015

Tugas Manusia

(Adh-Dzariyat):
55 - Dan tetaplah memberi peringatan(Dzikrullah), karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
56 - Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi(ibadah) kepada-Ku.
57 - Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.
58 - Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.
 
TASBIH 165 Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template